KPJUC tawar 6 diploma pendidikan kesihatan |
Penuntut dipastikan berkualiti, sedia tempuh alam pekerjaan |
21-02-2013 |
Kolej Universiti KPJ Healthcare Nilai bukan saja menjadi pusat yang melahirkan Sejak memulakan operasi pada 1991, dengan hanya menawarkan Diploma Kejururawatan, kini KPJUC menawarkan 6 diploma dalam bidang kesihatan Antaranya ialah Diploma Farmasi, Diploma Fisioterapi, Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Dewan Bedah dan Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan. Dengan menyediakan kurikulum yang bersesuaian keperluan industri serta penekanan terhadap latihan praktikal yang menyeluruh di semua cawangan Ini bagi memastikan graduan yang dihasilkan mempunyai kelebihan dari segi teknikal dan interpersonal. Syarat 5 kepujian SPM Dengan penekanan terhadap kualiti selepas menamatkan pengajian, syarat kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian peringkat Diploma Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan dan Diploma Dewan Bedah ialah 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan l subjek lain. Bagi Diploma Pengurusan Maklumat Kesihatan pelajar hanya perlu lulus Bahasa Inggeris, mendapat kepujian bagi Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik serta 2 subjek lain. Menjadi anak syarikat kepada KPJ Healthcare Berhad yang mempunyai 24 hospital di seluruh Malaysia, KPJUC sentiasa memastikan program ditawarkan adalah yang bersesuaian dengan keperluan industri dengan pengenalan pelbagai kursus baru Antara yang menjadi kebanggaan KPJUC ialah apabila menjadi institusi swasta pertama yang menawarkan Master of Otorhinolaryngology Head and Neck Surgery pada 2012. Ini disusuli dengan pelbagai lagj program pasca ijazah dalam bidang farmasi, kejururawatan, pengimejan perubatan dan fisioterapi. Bagi pertengahan 2013 ini, KPJUC mensasarkan akan menawarkan program peringkat ijazah kepada pelbagai lepasan Diploma Kesihatan yang berminat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Naik taraf bangunan induk Seiring kemajuan dalam bidang pendidikan kesihatan, KPJUC juga kini sedang menaik taraf bangunan induk di Nilai dengan membaikpulih dan menambah lagi bilangan makmal, dewan kuliah, ruang riadah dan asrama pelajar. Ini adalah bagi memastikan graduan KPJUC mendapat hanya yang terbaik dari KPJUC dalam semua segi. Bagi membolehkan pendidikan kesihatan di akses oleh semua lapisan masyarakat, KPJUC juga mempunyai cawangan di Johor Baharu dan bakal membuka satu lagi cawangan di Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini. Pengambilan pelajar kini sedang dibuka dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ditawarkan, layari www.kpjuc. edu.my atau hubungi 1300885758. |
|