KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Kolej Universiti KPJ perintis pengajian doktor pakar

Program kerjasama pintar KPJUC dengan Fakulti Perubatan UKM

19-02-2013

Kuala Lumpur

Fakulti Perubatan Kolej Universiti KPJ (KPJUC), muncul sebagai perintis institusi
pengajian tinggi (IPT) swasta pertama yang menyediakan program pengajian perubatan peringkat pascasiswazah, sebelum ini h'anya ditawarkan IPT awam.

Program ulung itu dimulakan dengan menawarkan program pengajian Sarjana Kepakaran Otorinolaringologi Bedah Kepala dan Leher, bermula sesi pengajian bulan ini.

Presiden KPJKU, Prof Datuk Dr Lokman Saim, berkata program dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara KPJUC dengan Fakulti Perubatan UKM, selepas merangka program inovatif bagi latihan kepakaran berkualiti di hospital swasta.

Beliau berkata, program awal itu disertai tiga doktor dan masingmasing mendaftar sebagai doktor pascasiswazah pertama dan mendaftar dalam program latihan kepakaran perubatan.

Program empat tahun itu kata beliau, melatih mereka menjadi doktor pakar telinga, hidung dan tekak. Doktor berkenaan ditempatkan di tiga hospital utama KPJ iaitu Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Hospital
Pakar KPJ Tawakkal.

"KPJ yakin program itu dapat melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam usaha menambah bilangan profesional dalam bidang berkenaan.

"Mereka dilatih oleh 10 hingga 12 pakar telinga hidung dan tekak KPJ menerusi kaedah mentor dan one to one apprecticeship. Doktor ini juga akan ditempatkan di Pusat Perubatan UKM untuk latihan," katanya ketika dihubungi di Kuala
Lumpur, barubaru ini.

Dr Lokman berkata, tiga pakar yang akan melatih doktor berkenaan ialah Datuk Dr Solahuddin Kenali (KPJ Tawakkal), Dr Roslan Mahmud (KPJ Damanasara) dan Dr Aminuddin Saim (KPJ Ampang Puteri).

Masingmasing kata beliau, sudah menyatakan kesediaan mereka untuk berkongsi ilmu dan kepakaran untuk dimanfaatkan bersama.

Pelantikan ketigatiga doktor pakar berkenaan sebagai mentor katanya, bersandarkan kepada kewibawaan mereka sebagai pengamal perubatan berpengalaman dan berkemahiran serta berpengetahuan tinggi.

Beliau yang juga dekan fakulti berkenaan berkata, pihaknya bercadang memperkenalkan beberapa pengkhususan lain bagi program pengajian peringkat
pakar antaranya bidang ortopedik, kanakkanak dan radiologi.

"Perancangan sedang dalam proses akreditasi untuk kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.



BACK