Seremban: Rangkaian Klinik dan Pusat Dialisis Waqaf AnNur dicadang dibuka di setiap daerah untuk membantu golongan
berpendapatan rendah mendapatkan rawatan perubatan, terutama hemodialisis.
Klinik dan pusat dialisis itu hanya mengenakan caj serendah RM5 kepada pesakit untuk perkhidmatan perundingan dan
rawatan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ketika ini hanya ada dua kemudahan itu di Senawang yang beroperasi sejak 2003 dan di Rembau sejak awal tahun lalu.
Katanya, perkhidmatan klinik wakaf sama seperti klinik swasta lain yang memiliki doktor pakar dan pegawai perubatan terlatih.
"Idea penubuhan klinik ini berasal dari Johor dan ditubuhkan di negeri ini melalui Johor Corporation (J Corp) dan rangkaian
hospital KPJ Healthcare Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Kini 11 mesin
Pada peringkat dialisis. Berikutan meningkat, klinik dialisis sumbangannya pada program Semarak Cinta Rasulullah anjuran Yayasan AsSofa di sini.
Mohamad berkata, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan individu yang menyumbangkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) turut memberi sumbangan mesin dialisis.
Katanya, pembukaan lebih banyak klinik dan pusat dialisis itu membolehkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan perkhidmatan dengan kadar rendah.
Pada masa sama, katanya kerajaan melalui Klinik lMalaysia juga menyediakan perkhidmatan dengan kadar rendah dan penyediaan lebih banyak kemudahan perubatan
Perbadanan Baitulmal
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Mains berkata, kerajaan negeri bercadang menubuhkan perbadanan Baitulmail Neheri Sembilan jika BN membentuk kerajjaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Saya yakin rakyat akan memberi mandat kepada BN untuk terus mentadbir negeri ini, sekali gua membolehkan kewujudan perbadanan itu memperkemaskan pentadbiran Baitulmal negeri ini," katanya.
|