
Dengan matlamat melahirkan graduan
berkualiti, berilmu dan kemahiran tinggi dalam bidang penjagaan kesihatan, di samping mempunyai 'soft skill' yang sesuai sebagai tenaga kerja, School of Health Sciences, KPJ Healthcare University College (KPJUC) juga ingin melahirkan graduan yang mempunyai keinginan untuk terus menimba ilmu menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam menggalakkan dan melatih pelajar menjadi seorang berpengetahuan sesuai dengan peningkatan industri penjagaan kesihatan di negara ini, KPJUC turut menawarkan program Pengimejan Perubatan (Medical Imaging) dan Fisioterapi (Physiotherapy).
Program dalam bidang ini ditawarkan di semua peringkat iaitu diploma, ijazah (Bachelor), sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Di peringkat ijazah, sarjana dan Doktor Falsafah adalah program baru ditawarkan.
BACK
|