KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Bedah tulang belakang secara nyata pertama

Pesakit boleh lihat prosedur melalui gambaran endoskop secara langsung

27-06-2013


Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di sini, dengan kerjasama NovaMedika Group Sdn Bhd, semalam melakukan pembedahan endoskopi tulang belakang secara nyata yang pertama di Malaysia.

Pakar bedah ortopedik dan pengarah perubatan pakar pengurusan kesakitannya, Datuk Dr Abd Wahab Ghani, berkata pembedahan itu adailah satu prosedur tulang belakang 'invasif manimal' yang kini digunakan dengan berkesan untuk merawat pelbagai keadaan degenaratif lumbar, toraks dan serviks yang dialami kebanyakan orang. Sistem Penyahmampatan "Sistem Penyahmampatan SpineView MIS digunakan bagi memudahkan capaian dan penggambaran di bahagian serviks, toraks atau lumbar tulang. Pakar bedah ortopedik dan pengarah perubatan pakar pengurusan kesakitan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri

"la menggunakan peralatan pembedahan bagi prosedur tulang belakang intervensional seperti diskektomi, nukleotomi dan foraminotomi," katanya pada sidang media di hospital itu, semalam. Pesakit lihat pembedahan secara langsung Perkembangan itu menghasilkan pendekatan pembedahan terhadap tulang belakang yang boleh mengurangkan trauma tisu, kesakitan selepas pembedahan dan rasa tidak selesa oleh pesakit, di samping memendekkan tempoh penginapan di hospital dan mempercepat tempoh penyembuhan.

Kelebihan yang ada dalam kaedah ini ialah pesakit boleh melihat apa yang dilakukan doktor dan bahagian yang dibedahnya melalui gambaran endoskop secara langsung.

Petugas media juga berpeluang menyaksikan pembedahan itu secara langsung.



BACK