KPJ perkenal KCIS |
|
Sistem bersepadu mudah alih dibangunkan dalam tempoh 5 tahun |
|
14-06-2013 | |
Pengendali hospital swasta terkemuka negara, KPJ Healthcare Berhad melangkah setapak lagi dalam bidang perubatan menerusi pcnghasi lan sistem bersepadu mudah alih pertama negara, ba ru baru ini. Teknologi dikenali sistem maklumat klinikal mudah alih KPJ (KCIS) itu dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan kos RM25 juta, ba" digunakan untuk pelbagai perkhidmatan dan jabatan berkaitan hospital berkenaan. Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Aminuddin Abdul Satar berkata, pelaksanaan sistem itu se- +bahagian usaha KPJ menangani landskap teknologi penjagaan kesihatan yang sentiasa berubah. Menurutnya, ia juga sebagai langkah bagi mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam penjagaan kesihatan seterusnya membantu mengurangkan kos keseluruhan peningkatan teknologi. "Penggunaan teknologi maklumat banyak membantu kelancaran sistem per khidmatan dalam pelbagai industri seperti hospitaliti, pelancongan dan perbankan. "Justeru, kewujudan KCIS atau rekod perubatan elektronik pada peranti mudah alih seperti iPad, tablet dan telefon pintar membolehkan doktor mengakses maklumat penting seperti hasil kajian dan rekod perubatan di mana-mana dan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pelancaran KCIS, logo baru KPJ dan Anugerah Akreditasi di Hospital Pakar Puteri (PSH), di sini, baru-baru ini. Majlis itu disempurnakan Pengerusi KPJ Datuk Kama ruzzaman Abu Kassim. Menurut Amiruddin, teknologi itu membolehkan KPJ bergerak ke depan dalam bi dangkesihatan sekali gus meningkatkan keselamatan pesakit tanpa mengabaikan tadbir urus klinikal. "Kemajuan sistem ini membolehkan pesakit yang juga pelanggan KPJ memperoleh pelbagai maklumat secara terus berkaitan rekod perubatan dan kesan sampingan akibat pengambilan ubat melalui sistem sokongan disediakan. "Pada masa sama, ia dapat mengukuhkan kerjasama dalam kalangan pengurusan hospital, pakar runding dan lain-lain pengguna dalam persekitaran web dan mudah alih," katanya. Pada majlis sama, KPJ PSH turut menerima status akreditasi penuh daripada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Persijilan Akreditasi Malaysia (Kualiti Kesihatan) Prof Madya Dr A Kadar Marikar |
|
|