Najib diberi penghormatan rasmikan hospital pakar keluarga Sheikh Hasina Kerjasama erat Malaysia, Bangladesh |
Malaysia dan Bangladesh menyatakan kotmen bersama untuk terus meningkatkan hubungan yang sudah lama terjalin |
19-11-2013 |
Pendirian itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datiik Sen Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya, Sheikh Hasina ketika keduadua pemimpin itu berucap merasmikan secara bersama Hospital Pakar dan Kolej Jururawat Memorial Sheikh Fazilatunnesa Mujib di Savar, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sini. Hospital pakar dan kolej jururawat itu dibina dengan kos 2.15 bilion taka (RM90 juta) melalui pembiayaan dana daripada keluarga Sheikh Hasina, Amanah Memorial Sheikh Mujibur Rahman dan ia akan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat dari Malaysia, Beroperasi di atas tapak seluas lebih tiga hektar milik keluarga Sheikh Hasina, hospital dan kolej itu mengabadlkan nama ibu pemimpin berkenaan, Sheikh Fazilatunnesa yang mati ditembak pada 15 Ogos 1975 bersama empat lagi ahli keluarga termasuk suaminya, Sheikh Mujibur Rahman iaitu bapa kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Bangladesh. Menyentuh mengenai betapa bermaknanya hospital itu kepada keluarga Sheikh Hasina, Perdana Menteri berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pemegang amanah dana kepada KPJ membuktikan betapa eratnya hubungan kedya-dua negara yang akhirnya dapat memberi manfaat besar kepada rakyat. Apa yang lebih menarik, kata Najib, Perdana Menteri Bangladesh itu memberi jaminan hospital pakar yang bakal memberi perkhidmatan kesihatan kelas satu akan membuka 30 peratus peluang kepada pesakit daripada keluarga miskin. "Kehadiran hospital ini turut menjadi bukti pencapaian yang kita boleh perolehi sekiranya keduadua bangsa saling bekerjasama. "Melalui kepakaran yang dimiliki oleh KPJ yang kini berjaya menguruskan 23 hospital pakar termasuk di Indonesia dan Thailand, jumlah rakyat Bangladesh yang keluar negara untuk menerima rawatan dapat dikurangkan," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis perasmian tersebut. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Norlin Othman; Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Healtcare, Amiruddin Abdul Satar dan Naib Presiden Pemegang Amanah Memorial Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, Sheikh Rehana. Sheikh Rehana ialah adik perempuan bongsu dan satusatunya ahli keluarga Sheikh Hasina yang terselamat bersamanya dalam tragedi serangan oleh kumpulan antikemerdekaan di rumahnya. Sementara itu, Sheikh Hasina ,jlis peraspian hospital tersebut amat besar ertinya apa lagi ketika Sheikh Mujibur Rahman menjadi Perdana Menteri pertama negara ini, Tun Abdul Razak pada masa sama menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malaysia juga ketika itu menjadi antara negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh. "Kami berdua adalah geherasi kedua Perdana Menteri," kata Sheikh Hasina yang malam tadi turun sama menyambut Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Hasrat Shahjalal iaitu satu perkara yang amat jarang berlaku. Dalam ucapannya itu juga, Sheikh Hasina menyatakan usaha merealisasikan pembinaan hospital tersebut adalah sebagai kesinambungan kepada perjuangan bapa dan ibimya yang mahu membela nasib rakyat. "Di bawah kendalian KPJ, saya percaya hospital pakar dan kolej perubatan itu akan menjadi model terbaik jika ada kerjasama serupa dengan pihak swasta dan membawa masuk kepakaran perubatan terbaik ke negara ini," katanya. Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada kerajaan Malaysia yang bersedia untuk terus menerima kemasukan pekeija dari Bangladesh dan berharap perkara itu dapat dipertingkatkan termasuk penglibatan lebih banyak pelaburan ke negara ini. |