KPJ Healthcare luluskan tiga resolusi |
Mesyuarat Agung Luar Biasa KPJ Healthcare Berhad |
02-12-2013 |
Mesyuarat Agung Luar Biasa KPJ Healthcare Berhad barubaru ini meluluskan tiga resolusi sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan jangka panjang. Pengerusi KPJ Healthcare Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, resolusi pertama yang diluluskan ialah cadangan terbitan bonus kepada 329,766,497 saham biasa baharu berharga RM0.50 sesaham dalam KPJ Healthcare. "Terbitan bonus itu akan diambil daripada akaun premium saham KPJ dan akaun perolehan sebagai ganjaran kepada pemegang saham sedia ada atas kesetiaan dan sokongan yang berterusan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Hospital Pakar Johor, di sini baru baru ini. |