KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) memperkenal beberapa program pelancongan kesihatan di Surabaya, Indonesia bagi mengukuhkan lagi jenama pengendali hospital swasta itu di ekonomi terbesar Asia Tenggara. Promosi itu juga sejajar langkah syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Citilink Airlines memilih Johor Bahru sebagai destinasi asing pertama menerusi pembukaan laluan Johor Bahru-Surabaya, Sabtu lalu. Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor (KPJ Johor), Norita Ahmad, berkata pihaknya akan lebih agresif di Surabaya mempromosikan KPJ Healthcare bagi menarik lebih ramai warga republik itu mendapatkan rawatan.
 Tahun lalu 15,709 atau 7.5 peratus daripada pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di KPJ Johor adalah warga Indonesia†Norita Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Jumlah pesakit dari republik itu meningkat setiap tahun, justeru program pelancongan kesihatan dijangka meningkatkan lagi kemasukan warga negara itu. “Tahun lalu 15,709 atau 7.5 peratus daripada keseluruhan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di KPJ Johor adalah warga Indonesia, berbanding 14,015 (tujuh peratus) yang dicatat pada 2012. “Sebanyak RM17.7 juta pulangan diperoleh daripada pesakit republik terbabit iaitu peningkatan 0.46 peratus berbanding tahun 2012 sebanyak RM16.2 juta,†katanya, semalam. Rai 70 delegasi Beliau berkata demikian selepas meraikan kira-kira 70 delegasi pelancongan Surabaya terdiri daripada pemimpin dan pentadbir tempatan, wakil media republik terbabit serta kakitangan Citilink Airlines yang melawat hospital itu. Hingga kini, KPJ Healthcare memiliki 29 hospital di Malaysia termasuk dua di Indonesia iaitu Rumah Sakit Medika Ananda (RSMA) di Pertama Hijau dan Rumah Sakit Bumi Serpong Damai di Jakarta. Pemilihan Johor Bahru sebagai destinasi Citilink Airlines adalah batu loncatan dan peluang tahun ini bagi menarik lebih ramai rakyat republik itu mendapatkan perkhidmatan perubatan pakar dengan harga berpatutan. “Tahun ini juga menyaksikan KPJ Johor melabur bagi mendapatkan dua kelengkapan perubatan baru yang menggunakan teknologi terkini iatu alat pengimbas kanser PET/CT 610 serta pengimbas sistem MRI,†katanya. “Bagi pembangunan terbaru, KPJ Johor akan membina sebuah menara baru yang boleh menempatkan kira-kira 40 bilik pesakit selain tiga lagi menara iaitu hostel jururawat dan parkir bertingkat, pangsapuri untuk kemudahan Age Care serta sebuah blok baru,†katanya.
|