KPJ buka rangkaian kelima hospital di Klang |
KPJ Healthcare Berhad (KPJ) mengembangkan operasinya dalam sektor perkhidmatan kesihatan |
22-02-2014 |
Hospital KPJ Klang itu merupakan rangkaian kelima hospital milik syarikat itu di Selangor membabitkan menilai pelaburan hampir RM120 juta yang dibina di atas tapak tanah seluas 337,000 meter persegi. ![]() Mengulas lanjut mengenai KPJ Klang, Kamaruzzaman berkata, setakat ini hospital itu mempunyai kekuatan lebih daripada 30 orang perunding pakar dan berpengalaman luas dalam bidang perubatan. Katanya, selain keutamaan kepada rakyat tempatan, KPJ Klang juga menawarkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada warganegara asing dalam sektor pelancongan kesihatan memandangkan lokasi hospital itu yang strategik di kawasan berkenaan. "Pembukaan KPJ Klang ini adalah sejajar dengan aspirasi dan visi KPJ sebagai, penyedia perkhidmatan prihatin pilihan. Setakat ini, KPJ mempunyai 24 buah hospital di seluruh negara termasuk di luar negara seperti di Indonesia, Thailand dan Bangladesh,ujarnya. |