KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Mesin 3 dimensi beri harapan baharu

Kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita di Malaysia.

23-03-2014

Kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita di Malaysia. Kajian menunjukkan seorang dalam setiap 20 wanita berisiko menghidap kanser payudara dalam hayatnya. Pengesanan kanser payudara pada peringkat awal amat penting supaya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan. Justeru, baru-baru ini, Hospital Pakar KPJ Selangor mengadakan majlis pelancaran mesin teknologi terkini iaitu Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang dirasmikan Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad,Amiruddin Abdul Satar. Hospital Pakar KPJ Selangor menjadi antara hospital swasta pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan mesin berteknologi ini bagi mengesan kanser payudara. Teknologi Selenia Dimensions ini membolehkan pengimejan payudara melalui kaedah 3 dimensi mamografi, berbanding dengan mesin 2 dimensi lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan, imej payudara yang dihasilkan DBT dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter. Ini membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej untuk melihat imej tisu payudara dengan lebih jelas. DBT akan menghasilkan sebanyak 15 imej dengan setiap kali tekanan berbanding mesin konvensional mamogram yang hanya terhad kepada dua imej untuk setiap dua tekanan yang diberikan. Menurut Pengarah Pemasaran Hologic Asia Pasifik, Eddy Sun, DBT tidak menghilangkan kesakitan sepenuhnya, tetapi ia memberi keselesaan kepada wanita di mana tekanan pada payudara dikurangkan dan rasa tidak selesa hanya akan dialami selama empat saat. "Dengan menggunakan DST, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser dan meningkatkan pengesanan awal kanser," katanya.







BACK