KPJUC tekan pembelajaran berkualiti |
KPJ Healthcare University College atau Kolej Universiti Kesihatan KPJ (KPJUC) |
15-06-2014 |
KPJ Healthcare University College atau Kolej Universiti Kesihatan KPJ (KPJUC) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta
yang berprestij di Malaysia. Sebagai anak syarikat di bawah KPJ Healthcare Berhad, ia ditubuhkan pada l April 1991 dan pada mulanya dikenali sebagai Kolej Kejururawatan Puteri. Ia terletak di kawasan yang luas menghijau dan dikelilingi dengan beberapa pusat pengajian lain seperti Institut Aminudin Baki, USIM dan INTI di Kota Seriemas Nilai, Negeri Sembilan. Lokasi yang dipilih bertepatan dengan visi meletakkan kolej ini di kawasan Nilai yang sedang dibangunkan sebagai pusat pendidikan tinggi di Malaysia. KPJUC merupakan kolej swasta pertama yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program Diploma Kejururawatan. Naib Presiden KPJUC, Professor Dr Durrishah Idrus, berkata institusi ini amat menekankan pembelajaran yang berkualiti dan beijaya melahirkan 5,000 graduan kejururawatan dan kesihatan yang kini bekeija di dalam mahu pun di luar negara. Pada bulan Mei 2011, KPJUC beijaya memperoleh status Kolej Universiti dan kini pihak pentadbiran berusaha untuk mencapai status Universiti penuh. Pembelajaran menyeluruh Profesor Dr Durrishah Idrus memberitahu bahawa pihaknya sangat menekankan pembelajaran menyeluruh yang menekankan aspek teori dan praktikal. Peranan hospital KPJ adalah menyediakan latihan klinikal yang komprehensif dan mengikut kehendak semasa dengan mendedahkan pelajar KPJUC kfepada pembelajaran berkualiti dan mampu memenuhi keperluan bidang penjagaan kesihatan. Terdapat 30 program yang mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia dan kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia, serta pelbagai lembaga profesional bagi program perubatan, farmasi dan kejururawatan. Fakulti Perubatan KPJUC mendapat kelulusan menjalankan program kepakaran perubatan Saijana Kepakaran Otorinolaringologi, Sarjana Kepakaran Pediatrik dan baru-baru ini Sarjana Radiologi. Kejayaan ini adalah begitu bermakna kerana KPJUC adalah satusatunya insitutusi pengajian tinggi swasta yang diberi kelulusan untuk menjalankan program sarjana kepakaran perubatan. Program pasca-siswazah KPJUC turut menawarkan program pasca-siswazah yang pelbagai bermula dengan Doktor Falsafah Kejururawatan, Saijana dalam Farmasi, Farmaseutikal Teknologi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan dan Kejururawatan. KPJUC mempunyai lima saujana muda homegrown iaitu Kejururawatan, Farmasi, Sains Farmaseutikal dengan Sains Kesihatan, Fisioterapi dan Pengimejan Perubatan. Individu yang berminat menyambung pengajian dalam bidang penjagaan kesihatan di KPJUC boleh menghubungi 1300 88 5758 atau melayari www.kpjuc.edu.my untuk mendapat maklumat lebih lanjut dan tarikh pengambilan pelajar baru. |