KPJ raih pendapatan RM544.6 juta |
KPJ Healthcare Bhd. (KPJ) |
10-06-2014 |
JOHOR BAHRU 10 Jun KPJ Healthcare Bhd. (KPJ), penyedia perkhidmatan hospital swasta terbesar di negara ini mencatat pendapatan terkumpul sebanyak RM544.6 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Amiruddin Abdul Satar berkata, pendapatan menerusi operasi di dalam negara itu meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. "Bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, pendapatan KPJ bagi operasinya di dalam negara adalah sebanyak RM544.6 juta berbanding RM500.5 juta bagi tempoh sama tahun lalu. "Peningkatan hasil pendapatan ini diperoleh menerusi operasi hospital sedia ada dan yang baharu dibuka pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan KPJ di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi KPJ dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp.), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. Amiruddin berkata, pihaknya berpuas had dengan peningkatan pendapatan bagi suku pertama itu yang menunjukkan kekukuhan operasi syarikat dalam menerajui industri penjagaan kesihatan yang berkembang pesat. Semantara itu, pendapatan bagi operasi syarikat itu di Indonesia bagi suku pertama pula melonjak 56 peratus kepada RM10.8 juta berbanding RM6.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu. * Ujarnya lagi, KPJ akan terus menerokai pasaran baharu dan pada masa sama meningkatkan kehadirannya dalam pasaran sedia ada. |