KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ Healthcare buka hospital pakar di Muar

Penduduk di daerah ini berpeluang mendapatkan perkidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

18-07-2014

Muar: Penduduk di daerah ini berpeluang mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi berikutan pembukaan Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani. Rangkaian ke26 hospital milik KPJ Healthcare Berhad itu yang beroperasi sejak 6 Jun lalu, dijangka memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang holistik kepada penduduk termasuk dari Melaka. Eksekutif pemasarannya, Siti Noraishah Ali berkata, bersesuaian dengan konsep pelancongan kesihatan, hospital itu turut menyediakan beberapa kemudahan lain yang dilihat mampu memberikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung hospital terbabit. Katanya, hospital itu akan mempunyai 120 katil termasuk sebuah wad diraja yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini. Bagaimanapun, bagi fasa pertama operasi, sebanyak 63 katil boleh digunakan. "Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani juga akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk 15 klinik, dua dewan bedah, tiga bilik bersalin, tujuh katil untuk unit rawatan rapi (ICU) dan lima wad harian," katanya. Turut disediakan rawatan pesakit luar seperti pediatrik, obstetrik dan gynekologi, telinga, hidung dan tekak (ENT), psikologi, urologi dan orthopedik. Hospital itu juga menyediakan kemudahan 24 jam sehari untuk kes kemalangan dan kecemasan, rawatan rapi, xray, pembedahan harian, haemodialisis, fisioterapi dan endoskopi.



BACK