KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Sedia hadapi situasi cemas

14-11-2014

Johor Bahru: Seramai 100 kakitangan Hospital KPJ Pakar Puteri menyertai latihan kebakaran yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor di sini, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pakar Puteri Khairan Ahmad berkata, program tahunan itu bagi melatih kakitangan sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi mencemaskan termasuk kebakaran. "Aspek keselamatan menjadi keutamaan dan latihan kecemasan ini memberi peluang kepada kakitangan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berdepan detik mencemaskan. "Siri latihan kecemasan kali ini memberi tumpuan kepada kaedah menyelamat dan memindahkan pesakit kritikal terutama yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad bersalin. "Pengetahuan yang diperoleh kakitangan hari ini (semalam) dapat membantu mereka mengawal keadaan bukan hanya ketika kebakaran, malah ketika apa juga bencana. "Menguruskan hospital berbeza dengan bangunan lain kerana kita perlu memindahkan pesakit khasnya yang terlantar dan tidak dapat bergerak," katanya.



BACK