KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Hospital Pakar KPJ bantu 39 anak yatim berkhatan

06-01-2015

PRIHATIN. Seramai 39 anak-anak yatim dari sekitar kawasan Batu 13, Hulu Langat dan anak-anak kakitangan Hospital Pakar KPJ Kajang, menyertai Program Khatan di Pusat Aktiviti Belia Taman Titiwangsa, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Program anjuran Sri Nilam dan Kelab Kebudayaan dan Kesukanan Hospital Pakar KPJ Kajang itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz.

Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Kajang, Roslan Ahmad berkata, program tersebut adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial yang dilaksanakan setiap tahun khususnya untuk masyarakat daerah Hulu Langat.




BACK