KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Sumbang tenaga ketika kecemasan

Graduan perubatan KPJUC diharap kongsi kepakaran hadapi bencana

13-01-2015

Graduan bidang perubatan dan kesihatan perlu sentiasa bersedia menghadapi bencana tidak dijangka seperti banjir besar yang melanda negara, baru-baru ini.

Canselor KPJ Healthcare University College (KPJUC), Tan Sri Arshad Ayub, berkata ihdividu atau pasukan yang berkemahiran terutama kakitangan yang terbabit secara langsung dalam bidang perubatan dan kesihatan amat diperlukan ketika berlaku kecemasan.

Katanya, jika golongan professional ini cekap dan berkemahiran, mereka bukan sahaja
mampu berdepan pelbagai situasi cemas malah dapat membantu golongan yang memerlukan.

Lahir graduan berpengetahuan tinggi

Sehubungan itu, katanya, KPJUC sebagai sebuah institut pendidikan yang memberi fokus dalam bidang perubatan saban tahun melahirkan graduan bertanggungjawab, cekap, berpengetahuan tinggi dan berketrampilan fesyen ini, setiap graduan KPJUC dibentuk untuk memiliM nilai etika, moral dan integriti yang tinggi dalam tugasan masing-masing.

"Setiap graduan KPJUC adalah golongan yang diharap oleh masyarakat dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka dan sentiasa memandang tinggi kepada kerjaya ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke18 KPJUC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Seramai 655 graduan KPJUC menerwna sarjana muda, diploma dan sijil masing-masing membabitkan graduan pusat pengajian kejururawatan', farmasi, sains kesihatan, pengurusan pernjagaan dan sains kemanusiaan.

Yang turut hadir, Pro Canselor dan Pengerusi KPJUC, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Presiden dan Ketua Eksekutif Johor, Corporation merangkap Pengerusi
KPJ Healthcare Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Sattar.

Penuhi keperluan tenaga kerja Pada majlis konvokesyen kali ini, pelajar Diploma Fisioterapi, Tham Sze Kei menerima Anugerah Presiden dan Ketua Eksekutif
Johor Corporation, manakala pelajar Diploma Pengimejan Perubatan, Chung Yon Fatt (Anugerah Canselor) dan pelajar Diploma Kejururawatan, Nurul Asiqin Mohd Rashid dan pelajar Diploma Farmasi, Nadiah Loke Asri Loke masing-masing menerima Anugerah Tun Siti Hasmah.

Sementara itu, Siti Sa'diah berkata, sejak 24 tahun penubuhan KPJUC, ia bukan sahaja mampu memenuhi keperluan tenaga kerja hospital KPJ, tetajbi juga berupaya melatih profesional kesihatan dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, kejayaan KPJUC melahirkan graduan berkualiti bererti hospital KPJ akan terus dianggotai oleh individu terlatih dan bertauliah, sekali gus menjana nilai tambah kepada organisasi.







BACK