Intai Peluang Dalam Bidang Penjagaan Kesihatan |
KPJUC pilihan terbaik |
07-03-2015 |
SEJAK memulakan operasi pada tahun 1991, Kolej Universiti KPJ (KPJUC) yang dahulunya dikenali sebagai Puteri Nursing College, semakin berkembang pesat. Bermula hanya sebagai kolej kejururawatan, institusi pendidikan itu kini merupakan Malah, KPJUC adalah kolej university swasta pertama dan satusatunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendapat kebenaran untuk menawarkan program latihan pakar perubatan bagi doktor-doktor di negara. Buat masa ini, bidang kepakaran yang ditawarkan ialah Sarjana Othorhinolaryngologi Kepala Dan Leher, Saijana Radiologi dan Sarjana Pediatrik. KPJUC mempunyai kirakira 2,500 pelajar dengan majoritinya di kampus utama di Nilai. Selebihnya, pelajar menimba ilmu di dua buah kampus cawangan KPJUC iaitu di Pulau Pinang dan Johor. Pembukaan dua kampus cawangan dibuat berikutan wujudnya permintaan yang tinggi daripada industri khususnya berkaitan nilainQai pendidikan yang diterapkan KPJ. "Mendaftar di KPJUC bermakna pelajar telah menyertai salah satu daripada kumpulan "Rangkaian hospital KPJ adalah yang terbesar di Malaysia dengan 25 buah hospital "Pelajarpelajar juga diberi jaminan bahawa mereka akan dididik sebagai tenaga kerja profesional yang mahir, bersemangat dan penyayang dalam bidang penjagaan kesihatan," kata Presiden dan Dekan Sekolah Perubatan KPJUC, Prof. Datuk Dr. Lokman Saim (gambar). Ramai pelajar memilih KPJUC kerana sukatan pelajaran yang diketengahkan cukup komprehensif sama ada teori mahupun latihan klinikal untuk mereka yang bakal bergelar doktor pakar, jururawat, farmasi dan tenaga kerja profesional lain dalam bidang penjagaan kesihatan. Bukan itu sahaja, pelajar juga berpeluang untuk mengadakan latihan klinikal di dikesemua hospital swasta milik KPJ, yang menyediakan persekitaran hospital yang sebenar. Kampusnya di Nilai, Negeri Sembilan juga menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelajar dan fakulti dalam menjalankan penyelidikan dan pembelajaran. Ditambah pula dengan adanya kemudahan terkini dan tenaga pengajar yang bukan sahaja dinamik tetapi mempraktikkan kemahiran penjagaan kesihatan sekali gus membolehkan pelajar menimba pengetahuan dalam dunia pekerjaan sebenar seperti yang dikehendaki industri dan arah aliran semasa. Selain itu, kehadiran KPJUC bukan sekadar membangunkan akademik, tetapi juga menyediakan peluang untuk pembangunan diri dan sosial melalui pertubuhan pelajar yang proaktif dan selalu menganjurkan aktiviti bagi meningkatkan semangat setiakawan dalam kalangan pelajar. Itulah kekuatan KPJUC. Reputasinya itu membolehkan pelajar mengapai peluang-peluang yang ada di dalam sektor penjagaan kesihatan. Malah, dengan ciriciri tersebut, tidak mustahil untuk KPJUC menjadi sebuah institusi pilihan utama dalam pendidikan |