Pengiktirafan Peneraju Industri Global |
09-03-2015 |
Anugerah Kepimpinan Global 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu menyaksikan kejayaan tokohtokoh korporat dan syarikatsyarikat tempatan mengungguli 34 daripada 46 kategori yang dipertandingkan. Pengiktirafan yang diterima itu sememangnya amat bermakna kerana pencalonan bagi setiap kategori melibatkan penyertaan ahliahli perniagaan dan syarikat dari seluruh dunia. Pemilihan pemenang ditentukan melalui proses tapisan dan penilaian yang teliti oleh panel empat hakim berpengalaman yang terdiri daripada Setiausaha Agung Persatuan Pembangunan Kepemimpinan Amerika (ALDA), Arthur F. Carmazzi; Setiausaha Agung Penganjuran acara itu adalah bagi mengiktiraf penerajupeneraju industri yang memberi sumbangan besar terhadap pembangunan ekonomi dan kepemimpinan global. Anugerah anjuran bersama majalah 'The Leaders International' serta ALDA itu turut mengiktiraf semua tokoh korporat serta syarikat yang menyumbang kepada usaha membina negara dan pada masa sama, merancakkan pertumbuhan ekonomi global. Tiga penerima bagi kategori Pencapaian Sepanjang Hayat merupakan nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia korporat tempatan. Mereka ialah Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Eksekutif Kumpulan DRBHicom Bhd., Tan Sri Mohd. Khamil Jamil serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar. Penerima anugerah Ikon Perniagaan Global iaitu Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta penerima anugerah Transformasi Perniagaan Global Terbaik: Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali juga tidak kurang hebatnya.
Tidak ketinggalan, penyanyi tempatan, Ning Baizura yang diumumkan sebagai Tokoh Industri Hiburan Terbaik. Perdana Menteri, Datuk Serf Najib Tun Razak ketika menyampaikan prakata dalam buku program Anugerah Kepemimpinan Global 2015 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah sambil berharap, kejayaan mereka akan dijadikan inspirasi oleh pemainpemain industri yang lain. "Para penerima anugerah tentu sedar bahawa mereka berada pada tahap lebih tinggi daripada yang lain dan seterusnya, menjadikan mereka sebagai ikon komuniti perniagaan global. "Anugerah ini juga adalah testimony terhadap kecekalan dalam menjalankan perniagaan, amalan terbaik dan nilainilai murni yang mereka amalkan," katanya. Najib berpandangan, para peneraju industri juga telah membuktikan bahawa mereka Berjaya mengharungi segala kesulitan termasuk kemelesetan ekonomi global dan perubahan sosial yang pantas. "Semangat kental dalam mengatasi segala kesulitan ini telah melahirkan banyak pemimpin baharu serta perniagaan yang kreatif," jelasnya. Pandangan serupa turut dinyatakan oleh Penaung Diraja Anugerah Kepemimpinan Global 2015, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Menurut beliau, semua pemenang anugerah telah membuktikan keupayaan mereka dalam menghadapi detik-detik yang sukar termasuk mengemudikan perniagaan masing-masing untuk keluar dari situasi yang getir dan seterusnya kembali menjana keuntungan. "Dengan berbekalkan kecekalan yang tinggi dan kepintaran perniagaan yang luar biasa, mereka telah membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan," katanya dalam katakata aluan buku program Anugerah Kepemimpinan Global 2015. Tengku Sulaiman Shah berharap; kejayaan yang dilakar oleh semua pemenang anugerah tidak terhenti pada tahap sedia ada sahaja. "Sambil meraikan kejayaan ini, marilah kita memberi isyarat |