KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ Healthcare Perkenal Program Penjagaan Kesihatan

18-04-2015

Buat julung kalinya, Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah memperkenalkan.

Program Latihan Intensif Profesional Penjagaan Kesihatan bertujuan melahirkan tenaga mahir dan berpengalaman dalam beberapa bidang penjagaan kesihatan. Program itu bertujuan melatih graduan dalam bidang kejururawatan, pengimejan perubatan, fisioterapi dan kejurnrawatan penjagaan kritikal dalam kalangan mereka yang berasal atau tinggal di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merentangi dari Manjung di Perak hingga ke Perlis.

Ia adalah latihan selama empat bulan termasuk latihan semula selama sebulan mengenai teori perubatan yang dijalankan di KPJUC dan Kolej Antarabangsa KPJ Pulau Pinang serta latihan klinikal selama tiga bulan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Pusat Perubatan Kedah.

Idea itu pertama kali tercetus apabila KPJ Healthcare Berhad terlibat dalam perjanjian kerjasama dengan NCIA untuk mengembangkan perniagaan dan meneroka sector penjagaan kesihatan pada bulan Julai lalu.

Kerjasama itu melibatkan pembangunan Hospital Pakar KPJ Perlis di Kangar dengan pelaburan sebanyak RM60 juta. Seramai 60 peserta daripada program itu telah berjaya menjalani latihan mereka dengan 85 peratus daripada 30 calon kejururawatan NCIA akan ditugaskan untuk bekeija di Hospital Pakar KPJ Perlis. Majlis penyampaian sijil tamat latihan itu telah diadakan di KPJUC di Nilai, Negeri Sembilan barabaru ini. Ia telah disempurnakan oleh Pengerusi/Pro Canselor KPJUC, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir.

Mengulas kerjasama itu, Siti Sa'diah berkata, KPJ berasa bangga dengan usaha bersama NCIA dalam projek perintis yang telah membuahkan hasil yang positif.

Katanya, pembangunan di NCER tidak hanya tertumpu kepada projek fizikal semata-mata sebaliknya ia dibuat secara holistik termasuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman sumber manusia.

"Pengalaman dan kemahiran yang diperoleh daripada latihan intensif akan membolehkan para peserta memberikan perkhidmatan lebih baik sekali gus meningkatkan taraf kehidupan penduduk di NCER," katanya.

Jelasnya, Hospital Pakar KPJ Perlis yang dijangka beroperasi penghujung tahun ini, akan mempunyai kapasiti 90 buah katil buat permulaan dan boleh ditingkatkan sehingga 150 buah katil.

Sehingga kini, KPJ sudah mempunyai tiga buah hospital di dalam kawasan NCER dan hospital di Perlis adalah yang ke26 miliknya di seluruh negara. Siti Sa'diah memberitahu, sejak ditubuhkan pada tahun 1991, KPJUC telah melahirkan lebih 7,000 graduan dengan 5,000 orang di bidang kejururawatan.

"KPJ mempunyai harapan yang tinggi bukan sahaja untuk meningkat dalam sector penjagaan kesihatan dan pendidikan tetapi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah," katanya.- Utusan Malaysia



BACK