Pembelajaran kondusif, terkini |
KPJUC tawar program kejururawatan antarabangsa, jururawat kanak-kanak dan jururawat penjagaan kritikal |
28-10-2015 |
Bidang kejururawatan menjadi antara satu bidang pilihan oleh kebanyakan pelajar lepasan syil peperiksaan Malaysia (SPM) feerana menyediakan peluang pekeqaan yang meluas malah pendapatan juga agak tumayan. KPJ Healthcare University College atau Kolej Universiti Kesihatan KPJ (KPJUC) adalah satu daripada institusi pengajian yang menawarkan program kejururawatan dalam pelbagai peringkat termasuklah sijil, sijil lanjutan, diploma,' ijazah, saujana dan doktor falsafah. Pengarah Eksekutif KPJUC, Encik Ahmad Nasiruddin Harun, berkata bidang kejururawatan bukan hanya terhad kepada penjagaan pesakit semata-mata sebaliknya boleh menjadi pencetus kepada prospek kerjaya yang lebih luas termasuk pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi hospital. "Sebagai sebuah kolej swasta yang menjurus kepada bidang pendidikan kesihatan;kita menyediakan pelbagai peluang pengajian kepada pelajar antaranya membabitkan kejururawatan antarabangsa, jururawat kanak-kanak dan jururawat penjagaan kritikal "Kita berjaya melahirkan seramai 300 orang graduan dalam bidang kejururawatan setiap tahun dan kebanyakan mereka mendapat tempat di alam pekerjaan terutama bersama dengan 26 rangkaian hospital KPJ yang terdapat di sehiruhnegara," katanya. Pembelajaran kondusif Pelajar yang mengikut pengajian di KPJUC ditawarkan pembelajaran secara kondusif dilengkapi,dengan pelbagai kemudahan antaranya makmal farmasi, kejururawatan, fisioterapi, bedah, xray dan informasi maklumat serta pusat sumber, auditorium, dewan belajar dan kemudahan wifi. Pelajar lepasan SPM yang berminat menyambung pengzyianke peringkat diploma kejururawatan perlu mendapat sekurangkurang^ Pelbagai subjek akan diajar kepada pelajar yang mengikjuti program berkenaan di KPJUC antaranya sains kejururawatan merangkumi aspek pembedahan, obstetrik, pediatrik, kesihatan mental, anatomi manusia, fisiologi, nutrisi, farmakologi, mikrobiologi, sosiokigi, psikologi dan koniunikasi.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, pelajar boleh melayari laman web kpjuc.edu.my atau menghubungi Kolej KPJUC yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan; Johor Bahru, Johor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.- Berita Harian |