Ibu bekerja perlu diberi masa pam susu |
Ramai wanita berkerjaya tidak dapat menyusukan anak secara eksklusif terutama ketika di pejabat kerana tidak mempunyai masa mencukupi dan bilik khas disediakan majikan bagi kemudahan memerah susu. |
01-08-2016 |
Ramai wanita berkerjaya tidak dapat menyusukan anak secara eksklusif terutama ketika di pejabat kerana tidak mempunyai masa mencukupi dan bilik khas disediakan majikan bagi kemudahan memerah susu. Presiden Persatuan Penggalak Penyusuan Ibu Malaysia, Siti Noijinah Moin, berkata majikan di negara ini digesa memberi kelonggaran sekurang-ÂÂkurangnya selama sejam dan masa rehat bagi membolehkan pekerja wanita yang baharu melahirkan anak memerah susu di bilik khas. Katanya, kekangan masa dan kerja membuatkan ramai wanita tidak dapat menyusukan anak secara eksklusif sehingga usia dua tahun. Ia sesuatu yang menyedihkan kerana ia adalah hak bayi untuk mendapat susu ibu terbaik daripada diberikan susu formula yang dianggap tidak belum tiba masanya lagi. "Dari sudut penyediaan bilik khas menyusu, ramai majikan dilihat mempunyai kesedaran berkenaan, namun peruntukan lebihan masa itu masih lagi tidak dipraktikkan seperti yang dimeterai dalam Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), di Geneva pada 2000. Semangat terus berkhidmat "Apabila keperluan wanita memerah atau menyusukan anak diberi perhatian oleh majikan, ia memberi semangat kepada wanita untuk terus berkhidmat sebaik mungkin." katanya ketika ditemui selepas Persidangan Penyusuan Ibu, anjuran Hospital Pakar Tawakal KPJ, di sini, kelmarin. Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Dalam pada itu, Siti Noijinah berharap majikan dapat memberikan kelonggaran dengan memberikan tempoh masa kerja yang fleksibel kepada pekerja wanita. "Masa fleksibel itu seperti wanita boleh menyusukan anak di rumah dan dalam masa yang sama kerja tetap dilakukan. Ini memandangkan tempoh cuti bersalin yang tidak panjang dan boleh memberi kesan kepada penurunan susu badan. Jimat belanja bulanan "Memberi susu badan secara eksklusif sebenarnya dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan sekurangÂÂkurangnya 48 peratus. Ini dapat membantu menjimatkan kewangan terutama dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan," katanya. Beliau turut berharap setiap orang terutama masyarakat dapat memberi sokongan kepada wanita untuk menyusukan anak secara eksklusif hingga usia dua tahun. ![]() |