JOHOR BAHRU 2 Ogos ÂÂ
Hospital Pakar Johor (HPJ) menubuhkan Pasukan Perubatan Kecemasan (MET) yang menyediakan bantuan kecemasan untuk pesakitnya bertujuan menyelamatkan nyawa dan mengelakkan penyakit bertambah kronik.
Pengarah Perubatan HPJ, Dr. Rusli Arshad berkata, MET yang ditubuhkan bulan lalu merupakan barisan hadapan dan akan dihubungi sebelum tiba ke wad pesakit dalam tempoh kurang 10 minit untuk memberikan rawatan kecemasan.
"Ini untuk membantu menyelamatkan nyawa pesakit daripada risiko lebih teruk antaranya kegagagalan fungsi jantung, serangan jantung, jangkitan kuman, kesukaran pernafasan, kegagalan fungsi buah pinggang atau hati.
"Pasukan tersebut akan bertindak balas dengan segera terhadap perubahan keadaan pesakit bagi mengelakan kejadian yang lebih kronik seperti strok atau gangguan pernafasan kardiovaskular.
"Selepas menerima bantuan MET, mereka akan dirujuk ke jabatan kecemasan, rawatan atau pakar perubatan dalam jangka masa yang cepat," katanya kepada para pemberita selepas Sambutan Hari Raya KPJ dan Pelancaran MAT di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Urusan KPJ Helthcare Berhad, Datuk Amirudin Abdul Satar dan Pengarah Eksekutif KPJ Johor, Norita Ahmad.
Rusli berkata, pasukan tersebut juga diwujudkan selari dengan prinsipÂÂ-prinsip asas pertolongan cemas iaitu menyelamatkan nyawa dan mengelakkan keadaan pesakit bertambah buruk.
"Bagi memperkukuhkan MET, pasukan itu dianggotai oleh anggota perubatan terlatih, pegawai perubatan, pengurus unit, jururawat dari unit rawatan rapi (ICU) dan jururawat dari Unit Kemalangan dan Kecemasan (A&E.)
Sementara itu, majlis tersebut dihadiri kira-ÂÂkira 800 tetamu antaranya wakilÂÂ-wakil korporat, konsulat dari Indonesia, Singapura dan Jepun serta pakar-ÂÂpakar perubatan termasuk seluruh warga kerja KPJ.
Dalam majlis itu KPJ turut memberikan sumbangan RM3,500 masingÂÂ-masing untuk Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah, Pertubuhan Prihatian Johor Bahru dan Rumah Anak Yatim Titian Kasih.
- UTUSAN MALAYSIA
|