KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ Healthcare, Sojitz, Capital Medical akan buka pusat Onkologi di Jakarta

Anak syarikat milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sojitz Corp dan Capital Medica Co Ltd bagi cadangan pembangunan dan ope

04-08-2016

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh KPJ Healthcare Bhd, Kumpulan Perubatan (Johor) Sdn Bhd, memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sojitz Corp dan Capital Medica Co Ltd bagi cadangan pembangunan dan operasi pusat onkologi di Jakarta, Indonesia dengan anggaran kos US$12 juta (US$1=RM4.04).

Menurut kenyataan KPJ Healthcare kepada Bursa Malaysia semalam memorandum itu ditandatangan semasa Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kali ke-12 di Jakarta hari ini.

Pusat berkenaan dicadang dibangunkan di Rumah Sakit Medika Bumi Serpong Damai (RSMBSD), menurut syarikat penjagaan kesihatan itu.

Menurut KPJ Healthcare, penandatanganan MoU itu akan memberi manfaat kepada KPJ dan unitnya memandangkan pusat onkologi tersebut berpotensi menawarkan rangkaian perkhidmatan pengurusan kanser yang luas kepada penduduk tempatan dan akan meningkatkan perkhidmatan sedia ada di RSMBSD.

"Kerjasama itu akan memudahkan perkongsian dan pemindahan teknologi perubatan dan pengetahuan antara Jepun, Malaysia dan Indonesia yang akan berperanan sebagai platform pembelajaran cemerlang kepada doktor dan profesional penjagaan kesihatan kami.

"Pusat onkologi itu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi jangka panjang memandangkan ia memerlukan pakar perubatan serta jururawat dan profesional kesihatan bersekutu terlatih," menurut KPJ Healthcare.

Menurut syarikat itu, MoU berkenaan dijangka tidak memberi kesan material ke atas perolehan KPJ bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016.

-Bernama



BACK