Nilai: Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) menganjurkan program ceramah 'Antara cinta dan citaÂÂ-cita ÂÂ- Manakah lebih utama?' di kampusnya di Kota Seriemas di sini, baruÂÂ-baru ini, yang dihadiri lebih 200 penuntut.
Program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap gejala seks bebas bermula daripada cinta pasangan remaja yang menjadi antara isu diberi perhatian serius oleh KPJUC terhadap penuntutnya.
Pengerusi dan Pro Canselor KPJUC, Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir, berkata perasaan cinta fitrah setiap insan, namun perlu dibimbing bagi mengelakkan remaja terbabit dalam masalah sosial termasuk pembuangan bayi.
Akibat hanyut bercinta "Kita sedar, bukan mudah peijalanan remaja bergelar mahasiswa apabila berada di persimpangan antara cinta dan citaÂÂ-cita. Cinta boleh membawa kebahagiaan, namun turut berupaya menggagal kan citaÂÂ-cita.
"Jika hanyut bercinta mengikut nafsu, mereka akan terjebak dalam seks bebas sekali gus mengakibatkan banyak kesan buruk seperti kehamilan, kemurungan, bunuh diri, pembuangan bayi dan penyakit kelamin," katanya pada majlis perasmian program itu di sini, baruÂÂbaru ini.
Mengulas lanjut, Siti Sadiah berkata, kegagalan remaja menangani permasalahan cinta mampu membawa keburukan, sekali gus menjadi penghalang kepada usaha mereka mencapai citaÂÂ-cita yang diimpikan.
Katanya, antara masalah yang paling serius adalah kelahiran anak tidak sah taraf yang boleh menjurus kepada pembuangan bayi, malah lebih menyedihkan adalah kesanggupan segelintir pasangan membunuh bayi bagi menutup malu.
Beliau berkata, punca kejadian itu adalah disebabkan kegagalan memupuk perasaan kasih sayang dan cinta berlandaskan syariat agama.
- Berita Harian
|