JOHOR BAHRU 10 Jan. – Kutipan Tabung Kemanusiaan Konflik Timur Tengah yang dilancarkan Johor Corporation (JCorp) menerusi Mutiara Johor Corporation sejak 23 Disember lalu kini sudah mengumpul sumbangan sebanyak RM210,000.
Tabung berkenaan yang akan ditamatkan kutipannya pada 23 Februari ini adalah bertujuan membantu mangsa perang Asia Barat ketika ini iaitu di Syria, PaÂlestin dan Yemen.
Pengerusi Mutiara Johor Corporation, Datin Noor Laila Yahaya berkata, inisiatif itu merupakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, Mercy Malaysia yang terlibat secara langsung dengan tugas kemanusiaan di negara terlibat.
“Tabung berkenaan akan dileÂtakkan di kesemua jabatan dan anak syarikat kumpulan tersebut di seluruh negara.
“Sumbangan ini akan diserahÂkan kepada Mercy Malaysia bagi menampung kos pembelian peralatan dan ubat-ubatan bagi menyokong program kesihatan di negara terlibat,†katanya berucap dalam majlis pelancaran tabung itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.
Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim melancarkan tabung berkenaan dengan disaksikan Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus.
Noor Laila berkata, pihak Mercy Malaysia juga akan menghantar sekumpulan doktor pakar bukan sahaja untuk berkhidmat tetapi untuk melatih pihak di negara yang terlibat dengan konflik.
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh berbuat demikian menerusi tabung yang disediakan di premis perniagaan Kumpulan JCorp antaranya di Pusat Beli-belah Komtar JBCC, Galleria@Kotaraya, Terminal Pengangkutan Awam Larkin, KPJ Selangor Specialist Hospital dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.- Utusan Malaysia
|