KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Merawat dengkuran

30-01-2017

kemudahan ujian tidur yang masih berkurangan di negara ini. “Doktor di sektor swasta berharap kerajaan mengiktiraf penyakit ini sebagai patologi serius dan membolehkan syarikat insurans menanggung kos untuk ujian tidur yang ketika ini tidak termasuk dalam pembiayaan insurans,” katanya. OSA boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk: • Gangguan pernafasan yang panjang semasa tidur (lebih daripada 10 saat) disebabkan oleh sebahagian atau keseluruhan salur udara yang tersumbat. • Kerap terjaga dari tidur tanpa disedari. • Tidur yang tidak nyenyak. Penghidap OSA tidak akan dapat mencapai tidur nyenyak kerana mereka perlu menjaga otot tekak supaya cukup tegang untuk mengekalkan aliran udara. • Tekanan pada jantung. Penghidap OSA kronik selalunya mudah mendapat penyakit darah tinggi dan boleh menyebabkan pembesaran jantung (kardiomegali) dan mempunyai risiko yang tinggi diserang penyakit jantung dan juga strok. • Tidur malam yang tidak berkualiti, ini boleh menyebabkan sentiasa rasa mengantuk pada waktu siang dan mengganggu kualiti hidup. • Kadar oksigen yang rendah dalam darah. Ini menyebabkan salur darah menyempit di dalam paru-paru dan menghasilkan hipertensi pulmonari. • Sakit kepala berpanjangan. • Kegemukan. • Keletihan dan mengantuk berlebihan pada waktu siang.

PREVIOUS

BACK