Elak Ambil Minumam Berperisa |
23-02-2018 |
Minuman berkultur dan berperisa seperti coklat tidak salah diambil kanak-kanak tetapi perlu dihadkan hanya satu hingga dua kotak sehari. Pakar Nutrisi Hospital Pakar KPJ Kajang, Nur Baidurah Bazid berkata, ibu bapa perlu bijak memainkan peranan supaya minuman itu tidak menjadi keutamaan bagi anak-anak dan terus mengambil tempat makanan utama seperti nasi.
DOWNLOAD PDF "Kanak-kanak sememangnya gemarkan minuman coklat dan berkultur, tidak salah tapi kuantiti itu mesti normal, satu hingga dua kotak sehari sudah cukup, dan seelok-eloknya elak diberi sewaktu, atau semasa atau berdekatan waktu makan. "Ini salah satu 'trick meal' kepada kanak-kanak," katanya ketika menjadi panel FB Live Sinar Harian, di sini, semalam. |