KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Akuilah gangguan jiwa penyakit kritikal

13-02-2018

GEJALA bunuh diri dalam kalangan masyarakat Malaysia kini semakin menjadi- jadi. Hampir setiap hari ada saja kisah didedahkan tidak kira di media sosial mahupun arus perdana.

Antara kes terbaharu yang dilaporkan melibatkan seorang graduan wanita berbangsa Melayu di Bachok, Kelantan, seorang lelaki Cina di Johor Bahru dan seorang pelajar perempuan keturunan India di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Jelas sekali gejala yang berlaku tanpa mengira bangsa ini tidak lagi boleh dipandang remeh. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi membendungnya daripada terus berleluasa. Umumnya, bunuh diri juga prevalen di seluruh dunia.

Laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan hampir 800,000 individu kehilangan nyawa akibat bunuh diri setiap tahun di seluruh dunia (satu nyawa bagi setiap 40 saat; kadar bunuh diri global -11 orang bagi setiap 100,000 penduduk).

Ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan adalah punca kematian kedua tertinggi bagi mereka berusia antara 15 hingga 29 tahun. Lebih menakutkan ialah anggaran bahawa bagi setiap seorang individu yang mati akibat bunuh diri, terdapat 20 orang lagi yang telah cuba untuk membunuh diri.

DOWNLOAD PDF


BACK