KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Makanan Penting Demi Rangsang Kepintaran Bayi Dari Dalam Kandungan

09-02-2018

Otak bayi berkembang di dalam
kandungan apabila usianya
berumur tiga hingga empat
minggu. Pada waktu ini, otak
dan saraf tunjangnya sudah mula melalui
proses perkembangannya yang pesat. Bagi
wanita yang sememangnya merancang
untuk hamil, anda boleh mula membuat
rangsangan auditori dan tactile. Selain
daripada itu, adalah sangat disarankan agar
anda mengoptimumkan amalan pemakanan
yang baik dan sihat.

Ketahuilah bahawa asid folik yang
diambil di awal usia kehamilan juga
berfungsi baik untuk otak si anak. Ramai
yang mengambil asid folik sebelum hamil
kerana dikatakan mampu membantu
kesuburan. Ketika sudah hamil pula 400mcg
diambil sehingga tiga bulan usia kehamilan.
Asid folik yang anda ambil ini memainkan
peranan penting terhadap perkembangan
otak si kecil! Hal ini kerana dalam tiga
minggu pertama kehamilan, sewaktu anda
belum pun menyedari tentang kehamilan,
perkembangan otak sudah pun berlaku.
Makanan sangat penting untuk dijaga
kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya
akan disalurkan kepada bayi yang dihantar
melalui plasenta. Oleh sebab itulah, sangat
penting kualiti pemakanan dijaga dengan
sebaik-baiknya.

Dalam enam minggu pertama,
pastikan ada perubahan diet dilakukan.
Untuk mendapatkan anak yang bijak
sejak dari dalam kandungan lagi, anda
perlulah berubah kepada pemakanan
yang kaya dengan DHA dan EPA. Hal ini
kerana keduanya sangat membantu dalam
perkembangan otak anak dalam kandungan
anda itu. Makan ikan dua hingga tiga
hidangan setiap minggu. Mulakan di tiga
bulan pertama kehamilan. Antara jenis ikan
yang disarankan ialah salmon, tuna, keli,
sardin dan ikan bilis. Walau bagaimanapun,
jangan keterlaluan makan ikan kerana ada
kajian mendapati kanak-kanak lebih pandai
jika ibunya sepanjang hamil mengamalkan
pengambilan ikan secara seimbang
berbanding yang berterusan makan ikan
dalam setiap waktu makan.

DOWNLOAD PDF


BACK