Autisme... bukan masalah psikologi |
11-02-2018 |
dan rumah adalah sekolah terbaik untuk anak-anak ini,” katanya. Dr. Ignatius berkata, ibu bapa perlu memahami jika mereka tidak berubah kita perlu berubah untuk mereka. INFO Simptom Autisme Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan untuk dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh anak mereka. Setiap penghidap autisme memiliki simptom berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom autisme ialah: - Tidak menunjukkan ‘eye contact’. - Tidak bertindak balas terhadap senyuman. - Mengamuk keterlaluan tanpa sebab hingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding. - Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri. - Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk. - Terlalu sensitif dan mempunyai minat pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan - Mereka sering kali menunjukkan obses kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja. - Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Kanak-kanak berusia 18 bulan ke atas lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan. - Utusan Online |