Fahami tingkah laku anak autisme |
08-02-2018 |
ANAK adalah permata hati tiada galanggantinya. Tidak kira sama ada anak yang dilahirkan itu normal atau ditakdirkan tidak sempurna, sebagai ibu bapa tetap akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah memelihara serta mendidik anak sebaiknya.
DOWNLOAD PDF Tidak dinafikan memiliki anak yang istimewa ini memang memberikan cabaran kepada ibu bapa, tetapi tidak boleh diletakkan sebagai beban sebaliknya menerimanya dengan hati yang terbuka. Penasihat Psikologi KPJ Tawakkal Health Centre, Ignatius Lee berkata, jika telah ditakdirkan memiliki anak yang disahkan autisme, mulakan langkah dari awal supaya tumbesaran anak ini berjalan dengan lancar sekalipun cara untuk mendidik anak istimewa ini berbeza dengan kanak-kanak normal. "Ibu bapa yang memiliki anak autisme harus belajar memahami tingkah laku supaya dapat mengawal apabila anak ini terutamanya apabila mula bertindak marah dan sphagainya." katanya pada ceramah awam bertajuk Pengurusan Sikap - Memahami dan Mengendalikan Tingkah Laku Kanak-Kanak Autisme anjuran KPJ Tawakal, di Kuala Lumpur baru-baru ini. |