KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Diet neutropenik pesakit kronik

Bantu pesakit kurangkan risiko keracunan makanan akibat pengendalian tidak selamat

01-03-2018

Biasanya apabila bertemu
dengan pesakit yang
menghidap penyakit kronik
seperti kanser, antara nasihat
yang kerap diberikan ialah
‘jaga makan’. Maknanya,
mereka perlu mengambil
makanan berkhasiat supaya
badan kuat untuk melawan
penyakit.

Memang pengambilan
nutrisi seimbang amat
penting bagi menjamin
kesihatan seseorang, namun
setiap individu mempunyai
keperluan berbeza dalam
pemilihan diet.

Tetapi, tahukah anda,
mereka sebenarnya perlu
mengambil pemakanan yang
dipanggil ‘diet neutropenik’.
Diet ini direka khas untuk
individu yang mempunyai
sistem imun atau daya
ketahanan badan lemah
untuk melawan penyakit
seperti pesakit kanser,
pesakit yang melalui
proses pemindahan organ
atau sum-sum tulang dan
pesakit HIV atau AIDS
perlu mengamalkan diet
neutropenik.

Berbeza bagi orang biasa
yang tidak mengalami
sebarang masalah kesihatan,
diet untuk golongan
yang berdepan penyakit
kronik termasuk kanser
perlu lebih teliti bagi
mengelakkan risiko yang
akan menjejaskan kesihatan
mereka.

Diet ini boleh melindungi
golongan ini daripada
kuman, bakteria atau mikro
organisma berbahaya yang
terdapat pada makanan dan
minuman.

Pakar Pemakanan
Hospital KPJ Ampang Puteri,
Nur Hayati Azmi berkata,
diet neutropenik lebih
menekankan kepada aspek
keselamatan makanan
bermula daripada proses
membeli bahan sehinggalah
memasak.

Katanya, diet ini
membantu melindungi
pesakit daripada bakteria
dan organisma berbahaya
yang boleh dijumpai dalam
sesetengah makanan
dan minuman antaranya
Salmonella, E coli,
Staphylococcus aureus,
Clostridium perfringens dan
Campylobacter jejuni.

“Diet ini sebenarnya
membantu pesakit dengan
mengurangkan risiko
keracunan makanan akibat
pengendalian yang tidak
selamat kerana pada fasa
neutropenia, ketahanan
imun badan pesakit adalah
lemah. Ini bermakna pesakit
mudah dijangkiti kuman dan
bakteria.

DOWNLOAD PDF


BACK