KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Ambil Vaksin Elak Influenza

AH.CUM...AH.CUM! BERSIN SI ANAK S AMBIL MENGESAT HIDUNG YANG MELELEH DENGAN TISU, DITAMBAH PULA DENGAN DEMAM YANG MASIH TIDAK KEBAH, IBU MULA RISAU DAN BERANGGAPAN ANAKNYA TELAH TERKENA VIRUS INFLUENZ

29-06-2018

Mungkin ada diantara kita yang beranggapan sudah dijangkiti virus influenza. Tetapi sebenarnya, ramai yang silap kerana itu adalah simptomsimptom kepada selesema biasa. Sedangkan influenza mempunyai simptomnya yang tersendiri.

"Ramai orang ingat apabila dia mendapat selesema dan demam terus anggap ianya sebagai terkena influenza. Sedangkan virus selsema dan virus influenza adalah dari virus yang berbeza.

"Dan jika seseorang itu mendapat virus influenza, keadaan diri mereka akan lebih teruk dan boleh sehingga membawa maut jika tidak diubati dengan cepat seperti yang terjadi kepada seorang wanita mengandung di Terengganu akibat Influenza A," kata Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar. Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Hospital Pakar KPJ Damansara.

Ujanya, mereka yang terkena virus influenza ini kebiasaanya akan mengalami demam yang tinggi (30-40 celsius), sakit otot, selsema dan demam yang berterusan sehingga tujuh hari sekiranya tidak mendapat rawatan yang awal seperti makan ubat. Mereka juga boleh mengalami batuk yang teruk sehingga boleh mendapat radang paru-paru (pneumonia) bagi kanak-kanak. Kata Dr. Iqbal lagi influenza juga mempunyai kesan sampingan selepas sembuh seperti saluran pernafasan.

bersambung..

- Harmoni 2018 June - 

DOWNLOAD PDF


BACK