Ramai Ibu - bapa keliru untuk membesakan influenza, selsema dan demam denggi. Pokok pangkalnya ialah virus yang menyerang.
Wartawan Azma Mohd Lazim menemuramah Dr Mohammad Iqbal, Pakar Kanak- Kanak dari KPJ Damansara Specialist Hospital untuk mendapatkan informasi tepat meneganainya.
Serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia. Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ia boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu, pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi daripada wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
Bersambung.....
- Pa & Ma, June 2018 -
DOWNLOAD PDF |