KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Bahang bulan merdeka kian terasa

27-07-2018

MUAR - Bahang bulan kemerdekaan semakin terasa apabila KPJ Bandar Maharani di sini, menganjurkan Pertandingan Syair Sekolah-Sekolah Daerah Muar bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Bandar Maharani, Mohamad Sofian Ismail berkata, program bertujuan membawa sedikit kelainan melalui penganjuran pertandingan syair.

“Hal ini kerana antara objektif program untuk meraikan bulan kemerdekaan serta mendidik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ".

"Pada pertandingan ini, sebanyak dua buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah daerah ini mengambil bahagian".

“Persembahan syair memukau daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad, Nurhafizah Sazali, telah menobatkan dirinya sebagai johan pertandingan.

"Naib johan pula dimenangi Siti Afiqah Mohd Hasrin, pelajar SMK Tun Perak manakala tempat ketiga disandang Nik Muhammad Iqbal Zulkarnain dari Sekolah Tinggi Muar.

“KPJ Bandar Maharani turut menyertai Majlis Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Daerah Muar kelolaan Pejabat Tanah Daerah Muar untuk kali kedua. “Latihan kawad giat dijalankan bagi memastikan skuad perbarisan kemerdekaan kami menampilkan persembahan terbaik sekali gus mencerminkan kesatuan jiwa dan semangat berpasukan,” katanya.- Sinar Harian



BACK