KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

KPJ tawar pakej bersalin mesra pasangan muda

Kurangkan komplikasi, elak bil tinggi

07-07-2018

Setiap wanita berhadapan dengan pengalaman berbeza sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah ke saat kelahiran. Biarpun pada awalnya ibu dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, namun tidak siapa dapat menjangka keadaan boleh berubah.

Perubahan paling ketara termasuk prosedur kelahiran daripada jangkaan bersalin normal kepada pembedahan caesarean atau Segment Caesarean section (LSCS).

Situasi cemas seperti kelahiran terhenti atau lambat menyebabkan berlakunya komplikasi terhadap ibu ataupun bayi. Apabila hal itu berlaku, kebanyakan suami isteri terutama pasangan muda tidak bersedia malah panik, membuatkan mereka terkejut sebaik menerima bil rawatan yang tinggi.

Sebagai persediaan awal menggalakkan pasangan suami isteri terutama golongan muda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, pusat rawatan KPJ Tawakkal Specialist Hospital (KPJ Tawakkal) menawarkan pakej bersalin istimewa.

Tiada caj tambahan

Pakej ‘Peace of Mind Maternity Package’ pada harga RM8,800, dikenakan tanpa caj tambahan walaupun waktu bersalin pada cuti umum dan tengah malam.

Naib Preesiden 1, Operasi Perniagaan KPJ Health Care Berhad, Jasimah Hassan, berkata pakej ini membolehkan pasangan lebih bersedia berhadapan situasi cemas dengan kos mampu bayar. Beliau berkata, tidak dinafikan sebarang kemungkinan saat kelahiran pastinya menyebabkan kos rawatan bertambah, terutama menerusi kaedah LSCS.

“Pakej ini sebagai persediaan awal bagi memastikan pasangan tidak panik apabila dimaklumkan kos keseluruhan pembedahan meningkat berbanding bersalin normal.

“Kami mengharapkan pasangan melalui saat kehamilan dan menyambut cahaya mata dengan tenang,” katanya pada majlis meraikan bakal ibu bapa bertemakan ‘Journey to Motherhood’ di KPJ Tawakkal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jasimah berkata, pakej adalah kos bersalin normal disediakan dengan faedah tambahan, iaitu keistimewaan dan jaminan sekiranya pembedahan diperlukan.- Berita Harian



BACK