Hospital Pakar KPJ Sabah menganjurkan ceramah CME mengenai 'Gynaeoncology & Laparoscopy' bertempat di Hotel Promenade, di Kota Kinabalu.
Ceramah CME dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Perubatan Sabah (SMA), yang disertai 58 orang terdiri daripada pengamal perubatan am, pegawai perubatan hospital berkenaan, residen serta pakar penjagaan kesihatan profesional.
Ceramah meliputi gineonkologi dalam penjagaan utama dan kanser kolorektal oleh para pakar KPJ Sabah iaitu Dr Mary J Makanjang (Pakar Perunding Gineonkologi) dan Dr Ramu Palaniappan (Pakar Perunding Awam).
Pengetahuan yang mendalam dalam semua jenis kanser ginekologi dan rawatan kemoterapi untuk kanser ovari, kanser rahim, kanser serviks dan penyakit trophoblastik telah dikongsikan oleh Dr Mary.
Sebagai pakar bedah gineonkologi, beliau juga melakukan pelbagai operasi pembedahan laparoskopi gynae seperti histerektomi laparoskopi, penyingkiran sista ovari dan sebagainya.
"Pengesanan awal kanser dapat menyelamatkan nyawa dan melakukan ujian pap smear serta DNA, klonoskopi, vaksinasi HPV dan rawatan lain adalah penting," katanya.
Sementara itu, Dr Ramu berkata kanser kolorektal adalah kanser yang paling umum yang mana, pertama adalah lelaki dan kedua wanita
Oleh itu katanya, pemeriksaan untuk kanser kolorektal melibatkan ujian najis dan klonoskopi dari usia 50 tahun dapat
mengesan penyakit awal serta menjimatkan kos. "Pembedahan kolorektal laparoskopik membantu dalam pemulihan awal dan kembali kepada aktiviti," katanya. Semasa ceramah CME, laparoskopi 3D dalam HD dilancarkan. Pelancaran Laparoskopi 3D menandakan KPJ Sabah sebagai hospital swasta pertama di Sabah menggunakan Sistem Kamera 3D. Laparoskopi 3D mengurangkan masa operasi dalam pembedahan kolorektal dan ginekologi. Majlis pelancaran itu disaksikan oleh Pengarah Perubatan Hospital Pakar Ketua Pegawai Eksekutif Untuk maklumat lanjut, KPJ Sabah Prof Datuk Dr Hospital Pakar KPJ Sabah sila layari www.kpjsabah. Ajaz Ahmad Nabijan dan Miranda Harumal. com.- Utusan Borneo Sabah
|