KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

Panduan Rangsang Kepintaran dari Dalam Kandungan

MEMILIKI CAHAYA MATA SEMEMANGNYA MENJADI IDAMAN SEMUA PASANGAN SUAMI ISTERI. PADA MASA YANG SAMA, PASTI TERSELIT JUGA IMPIAN UNTUK MEMILIKI ANAK YANG PINTAR. DR SITI ESAH BAHARI DARIPADA KPJ SELANGOR

12-07-2018

Impian untuk memperoleh anak yang pintar seharusnya dimulakan sejak dari dalam alam rahim lagi. Oleh sebab itulah, tempoh masa sembilan bulan menjadi tempoh yang penting untuk si ibu membentuk perkembangan bayi yang positif. Anda perlu faham dan tahu bahawa mendidik anak perlu ada perancangan dan disusun baik daripada awal. Barulah usaha anda memastikan si anak yang bakal dilahirkan menjadi insan yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan izinNya.

SENTUHAN KASIH
Biasanya anda akan berhubungan dengan bayi di dalam kandungan melalui sentuhan di bahagian perut dan disusuli dengan komunikasi. Sewaktu anda menyentuh, membelai dan mengusap perut, hormon endorfin akan dirembeskan. Hormon ini berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa selesa dan tenang kepada bayi.

Oleh yang demikian, gunakanlah kesempatan yang ada untuk kerap berkomunikasi dengan melalui sentuhan sebegini. Sambil itu, berbicaralah sambil mengusap lembut bahagian perut. Zahirkan perasaan tidak sabar menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bahawa bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding bayi yang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sentuhan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak umur enam bulan dan ke atas. Hal ini kerana pada usia ini, struktur otak bayi dalam kandungan sudah mampu menjalankan peranannya dengan baik.

EMOSI BAWAH KAWALAN
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan sentiasa ceria dan tidak mudah meragam. Seperti yang semua maklum, emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang.

Emosi yang terkawal memberi
rangsangan kepada pembinaan otak dan pada masa yang sama memastikan bayi sihat, pintar dan cerdas. Oleh itu, anda perlu sentiasa bersikap positif walaupun sedang menghadapi tekanan. Dengan sikap anda yang sentiasa positif itu, ia bakal mempengaruhi sikap si anak pada masa hadapan. Kajian menunjukkan stres melampau memberi risiko, otak tidak berfungsi dengan sempurna dan meningkatkan kemungkinan skizofrenia di usia lewat.

MUZIK KLASIK
Setelah bayi berumur enam bulan, deria pendengaran bayi sudah berkembang. Ketika ini anda boleh merangsang kepintarannya menggunakan muzik. Gunakanlah muzik klasik yang terbukti boleh menjadi rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi.

Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan menggunakan alunan muzik yang harmoni. Jadi, ia memberi rangsangan kepada bayi dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang ini mencetuskan mood tenang, relaks dan tenteram. Jadi, ia dapat membantu perkembangan diri dan otak bayi.

Selain daripada itu, muzik klasik turut bermanfaat membantu perkembangan penglihatan, motor dan kemahiran bahasa.

PENGETAHUAN ASAS
Perdengarkan kepada bayi beberapa jenis bahasa selain daripada bahasa yang menjadi bahasa pertuturan anda dan suami. Malah, pada masa ini, anda sudah boleh mengenalkan bayi dalam kandungan tentang A-B-C dan 1-2-3; kata pengenalan diri seperti mama, papa, ucapan salam dan sebagainya.

Rakam juga suara anda dan suami serta ahli keluarga terdekat yang lain dan perdengarkannya menggunakan earphone di perut. Dengan cara ini, bayi akan mudah mengenal suara-suara orang yang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan keadaan gelap dan terang dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut anda. Lakukan rangsangan ini antara lima hingga 10 minit setiap kali anda berkesempatan melakukannya. Buat juga isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok keliling perut, menggoncang lembut perut dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

LATIHAN MATEMATIK
Berdasarkan kajian, orang yang memiliki intelektual tinggi adalah kesan daripada kebiasaan dilakukan ibunya semasa hamil yang gemarkan latihan Matematik.
Sememangnya amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak.

Untuk itu, anda digalakkan untuk rajin membuat latihan Matematik yang ringkas ataupun bermainan permainan yang menggunakan ilmu Matematik seperti Sudoku sepanjang tempoh kehamilan.

PEMAKANAN
Amalan pemakanan yang sihat adalah salah antara rangsangan yang sangat penting untuk merangsang otak bayi. Sesetengah makanan terbukti memberi kesan pada minda bayi semasa dalam kandungan.

Ikan yang kaya dengan omega 3 asid lemak DHA misalnya salmon, kod dan tuna terbukti dapat merangsang otak janin. Kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan daripada ibu yang mempunyai tahap DHA yang tinggi mempunyai daya tumpuan yang tinggi sehingga dua tahun. DHA terdapat dalam susu ibu,

NEXT

BACK