Lindungi Si Kecil ~ Keperluan wajib bukan pilihan |
Kerusi kanak-kanak mestilah menepati piawaian antarabangsa untuk pemasangan dalam kenderaan |
24-08-2018 |
Sebagai panduan untuk memudahkan anda memilih tempat duduk kanak-kanak yang sesuai, berikut ialah antara beberapa aspek yang perlu diberi penekanan: 1. Ciri keselamatan Ciri keselamatan adalah faktor penting dalam memilih tempat duduk bayi. Tempat duduk menghadap ke belakang adalah jenis terbaik untuk bayi jadi sebaiknya posisi ini dikekalkan selama yang boleh (kecuali apabila anak anda sudah semakin membesar). Pastikan tempat duduk itu mempunyai berat yang lebih dan had ketinggian yang sesuai dengan anak sedang membesar. 2. Pelarasan tali pinggang Dapatkan tempat duduk dengan tali pinggang boleh laras agar boleh disesuaikan dengan berat kanak-kanak. Tali pinggang keselamatan tempat duduk ini sepatutnya boleh diketatkan dengan sebelah tangan sewaktu memandu. Untuk ciri kerusi yang baik pilih tali pinggang pada kerusi jenis butang di tengah bukan di tepi. Perehat kepala boleh laras juga membolehkan kanak-kanak menggunakan tempat duduk berkenaan lebih lama. Tempat duduk bayi pula biasanya mempunyai pelindung ataupun kanopi untuk melindunginya daripada sinaran cahaya matahari. 3. Ketahanan Tempat duduk bayi atau kanak-kanak biasanya direka agar boleh dipadankan dengan kemas di dalam kereta. Pastikan ia memenuhi ujian piawaian. Selepas mendapatkan kerusi keselamatan yang betul dan berkualiti pastikan cara ia dipasang adalah betul. Kebanyakan ibu bapa meletakkan kerusi bayi di tempat duduk sebelah pemandu sedangkan ia salah. Berikut adalah panduan pemasangan yang betul: 1. Kesemua kerusi kereta bayi harus dipasang menghadap belakang dan diketatkan menggunakan tali pinggang keledar kereta dengan sistem pepenjuru. Bahagian tali pinggang paha pula dipasangkan dengan kaedah tiga penjuru di mana sistem asasnya sedia ada pada kerusi terbabit. 2. Kerusi kereta bayi tidak boleh dipasang pada tempat duduk hadapan kerana kenderaan kini dilengkapi beg udara. Ia membahayakan nyawa bayi anda. 3. Tempat paling baik dan sesuai adalah kerusi duduk belakang, di bahagian tepi sebelah kiri. Tolak tempat duduk penumpang hadapan ke hadapan untuk memberi ruang di antara kerusi bayi dengan tempat duduk ini. Jangan sekali-kali merapatkan kerusi penumpang hadapan dengan kerusi bayi. 3. Kesemua kerusi kereta bayi mempunyai tali pinggang. Ia sangat penting untuk keselamatan bayi. Bagaimana tali pinggang ini disesuaikan bergantung kepada jenama dan model kerusi ini, tetapi kebanyakannya mempunyai satu tali untuk ditarik. Dengan menarik satu tali ini, keseluruhan tali pinggang boleh disesuaikan dengan mudah. 4. Apabila anda bersedia memulakan perjalanan bersama bayi anda, tali pinggang bayi hendaklah cukup ketat sehingga dua jari saja boleh masuk di antara tali di bahagian bahu dengan tulang bahu bayi. Tali pinggang kerusi bayi perlulah berada rapat dengan badan bayi. Ia seharusnya dipasang melalui dua slot di belakang kerusi, setara atau bawah sedikit daripada ketinggian bahu bayi anda. 5. Sebelum bayi anda lahir, kerap berlatih memasang kerusi kereta bayi. Ini dapat membantu anda berasa lebih yakin apabila benar-benar menggunakannya kelak. Jangan tunggu sehingga bayi anda lahir baru anda hendak belajar memasangnya. 6. Sebelum memulakan perjalanan pastikan bayi anda kenyang. Elakkan mengangkat bayi sekiranya bayi menangis. Biarkan saja kerana lama-kelamaan bayi akan selesa dan tidur lena sepanjang perjalanan. - Harian Metro |