Konvokesyen Ke-22: KPJ rai lebih 900 graduan |
10-12-2018 |
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Lebih 900 graduan dari empat buah institusi pendidikan di bawah naungan KPJ Healthcare Berhad diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-22 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Majlis konvokesyen penuh bermakna itu dirasmikan oleh Canselor KPJ Healthcare University College (KPJUC) , Tan Sri Arshad Ayub. Selain itu, beberapa graduan dalam bidang Sarjana Sains Teknologi Farmaseutikal, Sarjana Fisioterapi, Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Komunikasi Korporat kumpulan pertama turut diraikan sebagai penerima pencapaian penting dalam majlis graduasi kali ini. Turut hadir Pro Canselor, Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir serta Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar. - UTUSAN ONLINE |