KPJ Healthcare Berhad

A leader in Malaysia's challenging healthcare services industry

News Detail:

SULTAN AZLAN SHAH MAHU KERJASAMA BERI RAWATAN BERKUALITI KEPADA MASYARAKAT

Berita Harian - Sultan Perak Sultan Azlan Shah meminta hospital swasta berganding bahu dengan hospital kerajaan dalam berkongsi pengalaman dan kerjasama untuk memberi perkhidmatan rawatan perubatan be

07-10-2008

TUANKU Bainun bersama Sultan Azlan Shah menyampaikan cenderahati kepada Syaffyka Musa, 18, selepas perasmian bangunan baru Hospital Pakar Ipoh, semalam.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan isteri, Datin Seri Fatimah Taat.
Baginda juga bertitah, khidmat diberikan kakitangan pusat penjagaan kesihatan dan hospital secara ikhlas adalah ibadah yang sudah tentu akan mendapat ganjaran.

"Layanan mesra kepada pelanggan dengan penuh senyuman dan kualiti kerja teristimewa akan melahirkan kepercayaan serta keyakinan terhadap hospital.

"Sumbangan khidmat bakti secara ikhlas dengan ketulusan hati adalah ibadah yang sudah tentu akan mendapat ganjaran di hari kemudian," titah baginda.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Johor Corporation yang juga Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam ucapannya, berkata bangunan baru lima tingkat itu dibina dengan kos RM31 juta dan dilengkapi unit rawatan radioterapi terkini bernilai RM9 juta.

Katanya, bangunan itu juga menempatkan 50 klinik pakar, ruang komersial dan 280 katil di tiga wad termasuk wad premier.

"Bermula dengan 14 pakar dan 80 katil ketika KPJ Healthcare Berhad mengambil alih hospital ini pada 1989, Hospital Pakar Ipoh kini menawarkan perkhidmatan dengan 42 pakar dan 700 pekerja.
"Tahun lalu, Hospital Pakar Ipoh merawat 194,999 pesakit termasuk 18,271 pesakit di wad," katanya.

Dengan 18 hospital pakar, Muhammad Ali berkata, KPJ Healthcare Berhad mempunyai rangkaian hospital pakar terbesar di negara ini dengan jualan melebihi RM1 bilion tahun lalu.

Selain itu, katanya, kumpulan berkenaan mengendalikan tiga hospital di Indonesia, dua di Arab Saudi dan satu di Bangladesh.



BACK